BANTUAN ZAKAT YURAN PENGAJIAN

Bantuan zakat yuran pengajian ini adalah daripada peruntukan Asnaf Gharim.

Syarat-syarat Bantuan Zakat Yuran Pengajian (BZYP) adalah seperti berikut :

Beragama Islam

Hanya sekali permohonan dalam satu semester

Tapisan adalah mengikut keutamaan pemohon-pemohon lain

Warganegara Malaysia / Pemastautin Tetap

Pendapatan keluarga kurang RM3,000 dan mempunyai tanggungan yang ramai

Dokumen yang diperlukan
  • Sila sertakan slip gaji / penyata pencen /penyata bantuan perkeso / penyata pendapatan dari majikan seperti felda, risda atau felcra
  • Borang pengesahan pendapatan hanya boleh digunakan bagi ibu bapa yang bekerja sendiri sahaja (tiada majikan) dan disahkan oleh Penasihat Akademik Fakulti atau Ketua Kampung tempat tinggal pemohon sahaja.
  • Borang pengesahan pendapatan boleh dimuat turun di pengesahan pendapatan
  • Sila nyatakan pekerjaan ibu/bapa secara terperinci. Contoh: nelayan, tukang jahit kasut

Ijazah Sarjana Muda sepenuh masa dan berdaftar di UTM Johor Bahru sahaja (Pelajar SPACE tidak layak)

Tergolong dalam golongan fakir /miskin (tertakluk pada kiraan had kifayah Johor)

Pelajar berstatus aktif

Bukan penerima pinjaman/biasiswa/bantuan

Dokumen yang diperlukan :

Salinan kad pengenalan

Salinan penyata bank (CIMB BANK sahaja)

Salinan kad matrik

Salinan penyata gaji / pengesahan pendapatan ibu/bapa

Salinan penyata tunggakan yuran pengajian daripada Bendahari UTM

Panduan permohonan :

  • Dibuka pada setiap awal semester. Iklan akan dihebahkan di facebook Masjid Sultan Ismail, UTM dan website Pusat Islam UTM. Tertakluk mengikut tarikh yang telah ditetapkan.
  • Bagi pemohon yang membuat permohonan dalam tempoh permohonan dibuka, sila lengkapkan borang permohonan secara atas talian di https://islamiccentre.utm.my/borang-bantuan-zakat/
  • Sila pastikan pemohon mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan dan rujuk carta alir sebelum membuat permohonan
  • Sila pastikan borang diisi dengan lengkap beserta dokumen-dokumen yang diminta. Kegagalan pemohon dalam melengkapkan borang dan dokumen yang diperlukan akan menyebabkan borang tidak akan diproses.
  • Keputusan akan dimaklumkan melalui emel yang diberikan oleh pemohon
  • Bagi urusan kecemasan yang telah melepasi tarikh yang ditetapkan, pelajar boleh berurusan terus ke Pejabat Unit Zakat & Kebajikan, Pusat Islam UTM Johor Bahru
Jumlah bantuan yang akan diterima mengikut kadar hutang pelajar yang tidak melebihi RM1000
Sekiranya permohonan diluluskan, pelajar tidak perlu membuat pembayaran untuk menyelesaikan outstanding balance. Sekiranya pembayaran dibuat, Unit Zakat dan Kebajikan tidak akan bertanggungjawab atas pembayaran tersebut.
Bantuan Zakat Yuran Pengajian akan disalurkan melalui akaun Bendahari UTM

Sebarang pertanyaan/urusan, sila hadir terus ke Pejabat Unit Zakat & Kebajikan Pusat Islam UTM