Sewaan Dewan

1

DEWAN AL-GHAZALI

Dewan ini terletak di ‘basement’ Masjid Sultan Ismail yang memuatkan
150 orang peserta dalam satu satu masa. Kemudahan yang disediakan termasuk komputer, LCD, layar, PA sistem dan pembesar suara, white board dan hawa dingin. Dewan ini merupakan dewan utama
untuk melaksanakan program-program ilmiah seperti Seminar Kebangsaan Pendakwah Muda, Kursus Induksi Rakan Pusat Islam, Bengkel Pengurusan Jenazah, Ceramah Gerhana, Kem Explorasi Anak Soleh dan sebagainya.

DEWAN AL-BIRUNI

Dewan ini terletak di ‘basement’ Masjid Sultan Ismail berdekatan dengan MSI Mart yang memuatkan 20 – 25  orang peserta dalam satu satu masa. Kemudahan yang disediakan termasuk komputer, LCD, layar, PA sistem dan pembesar suara, white board dan hawa dingin. Dewan ini merupakan dewan utama untuk melaksanakan kelas-kelas  ilmiah .

Al Khawarizmi & Al Biruni 001

DEWAN AL-KHAWARIZMI

Dewan ini terletak di tingkat tiga Masjid Sultan Ismail  yang memuatkan 100 – 150  orang peserta dalam satu satu masa. Kemudahan yang disediakan termasuk komputer, LCD, layar, PA sistem dan pembesar suara, white board dan hawa dingin. Dewan ini merupakan dewan utama untuk melaksanakan kelas-kelas  ilmiah .

Capture

[gravityform id=”3″ name=”Tempahan Dewan di PIUTM”]