zakat pendapatan

ZAKAT PENDAPATAN

Gaji / Pendapatan
Gaji ialah bayaran yang dibuat atau diterima oleh seseorang sebagai upah kerja atau perkhidmatan yang dilakukan mengikut masa tertentu termasuk juga elaun dan imbuhan daripada apa-apa pekerjaan dan perkhidmatan profesional.

Kaedah pengiraan Zakat Pendapatan
Iaitu pendapatan kasar setahun semasa ditolak dengan keperluan asas sebenar pada tahun semasa. Kiranya sama atau melebihi nisab maka dikeluarkan zakatnya 2.5%.

Keperluan asas sebenar pada tahun semasa :

1. Saraan-saraan hidup yang diperlukan bagi :

a. Sara diri – RM 9,000.00
b. Isteri – RM 3,000.00 x Bilangan isteri
c. Anak – RM 1,000.00 x Bilangan anak
d. Mereka yang dibawah tanggungannya.

2. Perubatan

3. Pendidikan