unit zakat dan kebajikan
PENGENALAN
Sejarah Penubuhan Zakat PIUTM
Ditubuhkan pada tahun 2003 dengan melantik seorang pegawai menguruskan hal-hal berkaitan dengan zakat. Satu memorandum perjanjian pengurusan zakat dan agihan antata MAINJ dan UTM Johor Bahru telah dimeteraikan pada tahun 2006. Melalui memorandum ini, UTM yang diwakili oleh Pusat Islam UTM telah dilantik sebagai amil bertauliah oleh MAINJ untuk menguruskan perkara yang berkaitan dengan kutipan dan agihan zakat tersebut dalam kalangan warga UTM.
Fungsi Zakat UTM
1. Memungut Zakat Fitrah & Harta daripada orang Islam di dalam kampus Universiti Teknologi Malaysia, Johor Bahru.
2. Mengagihkan wang kutipan Zakat Fitrah & Harta kepada asnaf yang telah ditentukan.
