SEKOLAH AGAMA UTM

Ayuh sertai Projek Wakaf Sekolah Agama UTM

Lembaga Pengarah Universiti telah bersetuju untuk mewakafkan tanah seluas 3.5 ekar di kawasan yang strategik berdekatan dengan Desa Bakti UTM. Akses ke tapak yang baru ini mudah untuk dimasuki oleh staf dan masyarakat setempat serta ada jalan yang tidak sibuk. Pembangunan projek wakaf Sekolah Agama UTM ini adalah hadiah berharga buat semua staf UTM dan masyarakat setempat.

Projek Wakaf Sekolah Agama UTM bertujuan untuk menyiapkan prasarana sekolah yang dilengkapi kemudahan teknologi terkini bagi memenuhi keperluan pendidikan fardhu ain secara percuma kepada anak staf UTM dan komuniti setempat.

Bagaimana untuk menyumbang?

Z

Transaksi atas talian

CIMB ISLAMIK 8602945779
(Akaun Dana Wakaf Pendidikan UTM)
Sila catat ‘Sekolah Agama’ untuk transaksi atas talian

Z

Bayaran secara online melalui ecommerce.utm.my/ecommerce

> a. Pada menu utama, klik payment
> b. Pada bahagian carian, taip Tabung Pembangunan Sekolah Agama UTM

Z

Tunai / cek

Sila hubungi urusetia di talian 07-5531266 (Pejabat Wakaf UTM) / 07-5537512 (Pusat Islam UTM).

Z

Potongan gaji

Sila hubungi urusetia di talian 07-5531266 (Pejabat Wakaf UTM) / 07-5537512 (Pusat Islam UTM).

JOM MENYUMBANG KE TABUNG PEMBANGUNAN SAUTM

  • Tabung Pembangunan Sekolah Agama UTM ditubuhkan bertujuan mengumpul dana bagi pembinaan bangunan Sekolah Agama UTM (SAUTM) yang baharu memandangkan bangunan sedia ada yang telah berusia 30 tahun kini dalam keadaan daif, uzur dan tidak selamat untuk digunakan terutama tingkat atas bangunan Blok A SAUTM.
  • Projek Pembangunan SAUTM ini juga amat perlu bagi menampung jumlah pelajar yang bertambah dari semasa ke semasa. Kebanyakan pelajar SAUTM adalah anak-anak staf UTM sendiri.
  • Melalui pembinaan bangunan baharu SAUTM ini, diharapkan dapat memberikan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif, selesa dan selamat kepada guru-guru dan para pelajar SAUTM. Ini juga merupakan motivasi dan pencetus aspirasi warga SAUTM untuk memberikan yang terbaik dalam dunia pendidikan agama serta pembinaan sahsiah anak-anak selain daripada menunjukkan prestasi cemerlang dalam bidang akademik mahupun kokurikulum.
  • Bersama kita membangun dan memajukan SAUTM yang merupakan institusi pembinaan akidah, ibadat dan akhlak generasi pemimpin masa hadapan.

SEJARAH SEKOLAH AGAMA UTM

  • Pendidikan Islam  di negeri Johor ialah satu usaha kemajuan untuk memastikan setiap rakyatnya dapat melaksanakan segala tuntutan agama sama ada dalam perkara-perkara Fardhu Ain mahupun Fardhu Kifayah serta membina generasi yang menyumbang ke arah pembentukan peribadi Muslim yang berilmu, beriman, beramal dan bertakwa kepada Allah SWT.
  • Bagi merealisasikan Falsafah Pendidikan Islam negeri Johor, maka pada 6 Disember 1993 bersamaan 22 JamadilAkhir 1410 Hijrah, Sekolah Agama Universiti Teknologi Malaysia, UTM Kampus Johor Bahru telah ditubuhkan secara rasmi bertempat di aras bawah bangunan Masjid Sultan Ismail, UTM. Penubuhannya ini adalah hasil perbincangan dan persetujuan yang telah dicapai oleh pihak Unit Perkhidmatan DAN Kemasyarakatan (UPK) UTM dan Pusat Pengajian Islam Jabatan Agama Islam Negeri Johor  (JAINJ), Bahagian Pendidikan Agama.
  • Hasil perbincangan tersebut, pihak UPK telah bersetuju menyediakan bangunan sekolah dan keperluan asas, manakala pihak JAINJ turut menyediakan kelas al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) bagi murid yang berumur 7 hingga 8 tahun.
  • Pada peringkat awal, penubuhan jumlah murid sesi pagi seramai 60 orang dengan dua orang guru (8.30 pagi hingga 11.15 pagi). Manakal sesi petang seramai 80 orang murid dengan tiga orang guru (2.00 petang hingga 4.30 petang). Murid-murid yang diterima masuk belajar di sekolah ini sebahagian besarnya  adalah terdiri daripada anak-anak staf UTM.
  • Pertambahan pelajar memaksa UPK membuat keputusan drastik memindahkan tempat belajar pelajar ke bangunan Pengarah Kerja UTM (bangunan Sekolah Agama UTM (SAUTM).
  • Pelajar semakin bertambah menyebabkan pihak JAINJ memohon kebenaran daripada Jabatan Pelajaran Negeri Johor untuk meminjamkan beberapa buah kelas di Sekolah Kebangsaan Taman Universiti untuk menampung pelajar yang ramai.
  • Pada tahun 1997, kerja pengubahsuaian tempat letak kereta di bahagian hadapan bangunan sekolah telah dilakukan untuk menampung tiga (3) buah kelas lagi, bilik guru dan lain-lain.
  • Pada tahun 2010, sebuah dewan serbaguna dan ruang solat terbuka telah dibina.
  • SAUTM mempunyai lebih kurang 800 orang pelajar darjah 1 hingga 6 serta Darjah Khas dan 17 orang guru.
  • Penangguhan sementara operasi Sekolah Agama UTM yang melibatkan penempatan semula guru-guru dan murid ke seklah berdekatan di luar kampus.
  • Unit OSHE UTM telah membuat Laporan Keselamatan Bangunan SAUTM, UTM, Skudai, Bilangan J.17.02/10.17/1/5 Jld 2 (86), bertarikh 2 Oktober 2017 tentang tahap keselamatan SAUTM yang kurang memuaskan.
  • Pihak Pejabat Pendidikan Islam Daerah Kulai (PPIDKu) telah membuat lawatan pada 19 Mac 2018 ke SAUTM bagi memeriksa tahap keselamatan di sekolah tersebut dan mendapati bangunan SAUTM tidak selamat untuk diduduki.
  • Mesyuarat pemakluman penangguhan operasi SAUTM telah diadakan pada 29 Mac 2018 yang melibatkan Timbalan Pengarah Pendidikan Agama JAINJ, pengurusan Pusat Islam UTM, Pegawai Pendidikan Agama Islam Daerah Kulaijaya, Pengerusi Badan Kebajikan Staf SAUTM serta Guru Besar SAUTM. Dimaklumkan di dalam mesyuarat tersebut JAINJ mengarahkan agar dilakukan perpindahan guru-guru dan penempatan semula pelajar melalui surat JAINJ.BPI.301.03/130/5Jld3 bertarikh 15 Mac 2018.