≈ Persoalan:
Bolehkah orang bukan Islam berwasiat kepada orang Islam?
≈ Cara Pengambilan Hukum:
1. Takrif wasiat: Pemberian (pemilikan) secara sukarela yang dilakukan (dilaksanakan) setelah matinya pewasiat.
2. Rukun wasiat 4 perkara:
i) Pewasiat
ii) Penerima wasiat
iii) Barang yang diwasiatkan
iv) Ijab dan kabul
3. Syarat pewasiat ada 4 perkara:
i) Berakal
ii) Baligh
iii) Pilihan sendiri
iv) Merdeka
4. Pendapat yang lain bagi pewasiat ada 4 iaitu:
i) Ahli tabarru’ (berhak menderma)
ii) Berakal
iii) Baligh
iv) Merdeka
5. Bolehkah kafir berwasiat?
√ Boleh:
i) Kerana Kafir itu juga termasuk ahli tabarru’.
ii) Kerana (hak) nasab keturunan tidak menghalang kafir (untuk berwasiat).
≈ Keputusan Fatwa:
Wasiat orang bukan Islam kepada orang Islam adalah di haruskan oleh syara’.
sumber : (الفقه المنجي: جزء 2، الفقه الإسلامي وأدلته: جزء 8، دان جامع الأحكام الفقهيه جزء 2)