MSI MART

MSI Mart adalah kedai serbaneka yang diusahakan oleh Pusat Islam UTM dan telah memulakan operasinya sejak tahun 2011. Kedai serbaneka ini menjual pelbagai barangan keperluan harian, produk-produk halal dan keperluan Muslim. Contohnya barangan kelengkapan ibadah, keperluan haji dan umrah, makanan sunnah, ubat-ubatan, alat tulis dan banyak lagi keperluan harian yang juga turut disediakan di sini.

Maklumat MSI Mart, Masjid Sultan Ismail, UTM, Johor.