Tempahan Ruang

1. Dewan Al-Ghazali

Dewan ini terletak di aras bawah Masjid Sultan Ismail UTM yang memuatkan 150 orang peserta dalam satu satu masa. Kemudahan yang disediakan termasuk komputer, LCD, layar, PA sistem dan pembesar suara, papan putih dan berhawa dingin. Dewan ini merupakan dewan utama untuk melaksanakan program-program ilmiah seperti Seminar Kebangsaan Pendakwah Muda, Kursus Induksi Rakan Pusat Islam, Bengkel Pengurusan Jenazah, Ceramah Gerhana, Kem Explorasi Anak Soleh dan sebagainya.

***Harga yang dinyatakan adalah harga yang disewakan kepada orang luar.

2. Dewan Al-Khawarizmi

Dewan ini terletak di aras tiga Masjid Sultan Ismail yang memuatkan 100 – 150  orang peserta dalam satu-satu masa. Kemudahan yang disediakan termasuk komputer, LCD, layar, PA sistem dan pembesar suara, papan putih dan berhawa dingin. Dewan ini merupakan dewan utama untuk melaksanakan kelas-kelas ilmiah.

* Harga yang dinyatakan adalah harga yang disewakan kepada orang luar

3. Dewan Serbaguna

Dewan ini terletak di aras bawah Masjid Sultan Ismail berdekatan dengan MSI Mart yang memuatkan 1,500 orang dalam satu satu masa. Dewan ini sering digunakan bagi tujuan iftar Ramadan.

Hubungi Kami

Untuk Ketahui Lebih Lanjut.
Sila Hubungi HOTLINE Pusat Islam UTM Johor.
BORANG TEMPAHAN RUANG (2023)
Tandakan ( X ) pada ruang yang berkaitan

1. MAKLUMAT PEMOHON

2. BUTIR PERMOHONAN

Tandakan ( X ) pada ruang yang berkaitan

Maximum file size: 33.55MB

Sending