Cabutan bertuah

≈ Persoalan:
Apakah Islam membenarkan cabutan bertuah?

≈ Cara Pengambilan Hukum:
1. Cabutan bertuah ialah satu aturcara memberikan hadiah kepada sesiapa yang bertuah berdasarkan kepada cabutan nombor bertuah yang disediakan. Aktiviti ini dilakukan adalah untuk memberikan galakan atau tarikan kepada orang ramai untuk hadir ke majlis tersebut. Hadiah biberikan kepada yang terpilih berdasarkan undian secara cabutan nombor yang bebas dari sebarang unsur pertaruhan, perjudian dan selamat dari tipu daya.

2. Cabutan bertuah adalah diharuskan lagi halal berasaskan:

i. Pemberian kepada yang hadir atas dasar hadiah, Imam Nawawi di dalam kitab منهاج الطالبين berkata:
√ Maksudnya: ” Memberi milik tanpa mengenakan sebarang bayaran adalah hadiah, sekiranya diberi milik kepada yang benar-benar berhajat kerana mengharapkan pahala akhirat adalah sedekah, sekiranya pemberian tersebut dibawa kepada penerima sebagai memberi kemuliaan kepadanya adalah hadiah.
( منهاج الطالبين : جزء 2، موك سورت: 293 )

ii. Pemiliha dibuat berdasarkan undian secara cabutan. Al-Syeikh Ibnu Qasim mengulas matan Al-Syeikh Abi Syujak kitab فتح القريب: Kias mengikut kaedah: فصل في أحكام القسمة “يقرع بين الأنصباء” iaitu dicabut undian di kalangan orang yang mendapat habuan (yang layak turut serta dalam pengundian).
( الشيخ إبراهيم البيجوري على شرح العلامة ابن قاسم الغزي، جزء: 2، موك سورت: 350، فصل في أحكام القسمة )

≈ Keputusan Fatwa:
Harus dan tidak menyalahi syara’ untuk mengadakan cabutan bertuah sekiranya mematuhi syarat-syarat berikut:

i. tidak ada mengandungi unsur judi.
ii. hadiah yang diberi atas dasar rela hati dan redha penganjur itu sendiri.
iii. tiada sebarang unsur yang boleh membawa mudharat dan penganiayaan kepada pelanggan di sebabkan hadiah tersebut.
iv. tiada unsur penipuan dan agenda-agenda yang tersembunyi.