ZAKAT SIMPANAN

ZAKAT WANG SIMPANAN

Wang yang disimpan dalam bentuk simpanan biasa, tetap, semasa, saham, amanah serta lain-lain simpanan

Nisab Wang Simpanan
Menyamai nilai semasa 85 gram emas.
Jika harga 1 gram emas ialah RM35.29, maka harga bagi 85 gram emas ialah RM3,000.00 iaitu jumlah nisab wang simpanan.

Kadar Wajib Zakat
1/40 atau 2.5% dari jumlah wang. Jika mempunyai wang simpanan sebanyak RM 10,000.00, zakat yang wajib dikeluarkan ialah RM10,000.00 X 2.5% = RM 250.00

Pengiraan simpanan tidak tetap (keluar & masuk)

  • Berdasarkan baki terendah sesuatu akaun simpanan dalam tempoh setahun dan mencukupi nisab di sepanjang tempoh haul
  • Pemilik beberapa akaun simpanan, baki terendah setiap akaun hendaklah dicampurkan dan didarab dengan 2.5% untuk mendapatkan jumlah zakat walaupun jika dikira tiap-tiap akaun atau salah satu daripada baki terendahnya tidak mencukupi nisab.
  • Jika dicampur kedua-dua baki terendah masih tidak mencukupi nisab, maka tidak wajib zakat.

contoh 1: Simpanan dalam satu akaun

  • Tempoh haul bermula apabila nilai baki mencapai paras nisab iaitu pada 5 mac 2005 – 15 mac 2006 (tempoh 354 hari @ setahun Hijrah)
  • Zakat yang Wajib dikeluarkan ialah (baki terendah dalam tempoh haul ditolak faedah bank yang diterima) RM5,650.00 – RM150.00 (faedah) x 2.5% = RM137.50 (diandaikan kadar nisab ialah pada RM5,300.00)

contoh 2: Simpanan dalam beberapa akaun 1

Simpanan dalam beberapa akaun 2

  • Tempoh haul bermula pada 1 mac 2005
  • Zakat yang wajib dikeluarkan ialah (Jumlah Baki terendah dalam kedua-dua akaun x 2.5%) : RM6,500.00 + RM 3,000.00) x 2.5% = RM237.50

Pengiraan Simpanan tetap (fixed deposite)

  • Simpanan yang tidak dikeluarkan daripada sesuatu akaun dalam tempoh tertentu mengikut perjanjian yang dibuat antara penyimpan dan institusi kewangan
  • Wajib dikeluarkan 2.5% daripada jumlah simpanan tetap tersebut setelah sempurna syaratnya.
  • Contoh pengiraan : ahmad mempunyai simpanan tetap di Bank A sebanyak RM 50,000.00 tanpa dikeluarkan selama setahun. Zakat ialah RM 50,000.00 x 2.5% = RM1,250.00