bantuan zakat program

Bantuan zakat program ini adalah daripada peruntukan Asnaf fi Sabilillah.

Terbuka kepada mahasiswa UTM dan bertepatan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

Syarat-syarat permohonan :

Program yang dijalankan oleh mahasiswa UTM Johor Bahru

Program berbentuk penyampaian dakwah kepada umat Islam dan bukan Islam

Program yang dijalankan dimanfaatkan oleh mahasiswa dan warga UTM

Program yang dianjurkan tiada unsur keuntungan

Program berbentuk syiar Islam dan tidak melanggar syariat Islam

Program yang memberi manfaat dan meningkatkan taraf intelektual umat Islam

Panduan permohonan :

  • Sediakan dokumen yang diperlukan dan hantar kepada Unit Zakat & Kebajikan, Pusat Islam UTMJB selewat-lewatnya dua minggu sebelum program dijalankan. Dokumen tersebut ialah :
    • Sediakan surat rasmi permohonan bantuan zakat kepada Unit Zakat & Kebajikan, Pusat Islam UTM Johor Bahru
    • Di dalam surat rasmi tersebut, pemohon juga perlu menyatakan butiran penerima bantuan (penasihat persatuan/pegawai yang bertanggungjawab bagi program tersebut) seperti nama penuh dan no kad pengenalan bagi membolehkan pihak Bendahari UTM membuat bayaran sekiranya permohonan diluluskan.
    • Sertakan bersama surat kelulusan program dan kertas kerja permohonan yang mengandungi tentatif dan belanjawan program
  • Selepas program berjaya dilaksanakan, penerima bantuan program perlu:
    • mengesahkan penggunaan bantuan yang diberikan dengan memajukan resit/bukti penerimaan (setiap resit perlu ditampal di atas kertas A4)
    • Sediakan belanjawan bantuan yang diterima dari Unit Zakat & Kebajikan, Pusat Islam UTM Johor Bahru

Contoh Belanjawan

  • hantarkan ke Unit Zakat & Kebajikan, Pusat Islam UTM Johor Bahru selewat-lewatnya dua minggu selepas program. Denda sebanyak 10% dan potongan gaji akan dilaksanakan sekiranya pelarasan tidak diberi dalam tempoh yang ditetapkan. (Wang perlu dikembalikan sekiranya terdapat lebihan daripada bantuan yang diberikan)
  • Sekiranya program dibatalkan, bantuan tersebut perlu dikembalikan kepada Unit Zakat & Kebajikan, Pusat Islam UTMJB.