KEISTIMEWAAN TADIKA IHSAN
- Mempunyai guru-guru yang terlatih dan berpengalaman
- Lokasinya yang strategik, luas dan selamat di dalam kampus
- Melaksanakan pendekatan ‘seronok belajar’
- Mengutamakan keseimbangan akademik, sahsiah dan rohani
- Penilaian secara menyeluruh melibatkan perkembangan jasmani, emosi, rohani dan intelektual
Kurikulum yang digunapakai oleh TIUTM adalah Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Kandungan KSPK adalah berasaskan enam tunjang iaitu :
- Komunikasi
- Kerohanian, Sikap dan Nilai
- Kemanusiaan
- Perkembangan Fizikal dan Estetika
- Sains dan Teknologi
- Keterampilan Diri.
Kenali Tadika Ihsan
Tadika Ihsan UTM adalah merupakan sebuah institusi pendidikan awal kanak-kanak yang terletak di dalam kawasan kampus UTM Johor Bahru dan diurus tadbir oleh Pusat Islam UTM. Operasi tadika ini telah bermula pada tahun 1987 dan berdaftar di bawah Jabatan Pelajaran Negeri Johor (JPNJ). Tadika ini menggunapakai silibus Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan dan berkonsepkan ‘Learn Through-Play Approach’ dengan menekankan kecemerlangan dari segi akademik, sahsiah dan rohani. Tadika ini menerima kemasukan anak-anak yang berumur seawal 4 tahun hingga 6 tahun.
Matlamat utama penubuhan tadika ini adalah bagi menyediakan perkhidmatan dan memberi kemudahan kepada warga UTM untuk menghantar anak-anak ke tadika. Di samping itu, ianya juga secara tidak langsung dapat membantu ibu bapa lebih fokus pada waktu bekerja dan tidak bimbang berkaitan urusan hantar dan jemput anak kerana lokasinya yang berada dalam kampus UTM dan beroperasi bermula jam 7.30 pagi hingga jam 5.30 petang.




Visi & Misi
VISI
Diiktiraf sebagai sebuah pusat perkembangan awal kanak-kanak yang terbaik.
MISI
Menjadi peneraju pembangunan diri kanak-kanak secara menyeluruh berteraskan nilai-nilai Islam.
Matlamat kami
Pembelajaran kanak-kanak yang menyeluruh dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual.
- Jasmani
Melahirkan fizikal yang sihat melalui pendidikan jasmani, musik dan pergerakan menggunakan alat bantu mengajar dan peralatan pendidikan serta pemakanan yang seimbang.
- Emosi
Membangunkan interaksi yang positif, sikap dan kemahiran komunikasi bagi meningkatkan keyakinan diri dan harga diri kanak-kanak.
- Rohani
- Memupuk nilai-nilai Islam dan adab.
- Memahami prinsip Islam
- Mempelajari dan mengamalkan solat
- Membaca iqra, hafazan surah dan doa harian.
- Intelektual (kognitif)
Membangunkan kefahaman dalam pengetahuan asas seperti :
- Pengetahuan fizikal – hubungan antara benda-benda dan pemerhatian.
- Pengetahuan Logical Mathematical – hubungan benda-benda
- Pengetahuan perwakilan – ungkapan-ungkapan imaginatif terus
- Pengetahuan Konvensional Sosial – adat masyarakat dan budaya
- Strategi-strategi penyelesaian masalah
Menu harian
MINGGU 1 & 3
Hari / Masa | 6 bulan – 1 tahun | Sarapan | Makan tengahari | Minum petang |
Ahad | Bubur lobak | Karipap | Nasi putih, kurma ayam + kentang + lobak | Roti |
Isnin | Bubur bilis | Mee goreng | Nasi putih, sup daging + kentang + lobak | Biskut |
Selasa | Bubur kentang | Jemput-jemput | Nasi putih, kari ayam + kentang + lobak | Koko krunch |
Rabu | Bubur ayam | Nasi goreng | Nasi lemak + telur rebus | Buah |
Khamis | Bubur nasi | Roti telur | Nasi putih, daging kicap + kentang + lobak | Kek |
MINGGU 2 & 4
Hari / Masa | 6 bulan – 1 tahun | Sarapan | Makan tengahari | Minum petang |
Ahad | Bubur lobak | Donat | Nasi putih, telur kicap | Roti |
Isnin | Bubur bilis | Makaroni goreng | Nasi putih, tomyam ayam + lobak | Biskut |
Selasa | Bubur kentang | Jemput-jemput | Nasi putih, daging masak lemak | Koko krunch |
Rabu | Bubur ayam | Bubur ayam | Nasi ayam | Buah |
Khamis | Bubur nasi | Sandwich telur | Nasi putih, daging kari + kentang + lobak | Kek |
Takwim tahunan murid
- Orientasi murid tadika
- Program seronok belajar
- Lawatan tahunan
- Hari sukan & keluarga
- Parent-Teacher Conference
- Program-program hari kebesaran Islam
- Sambutan ambang kemerdekaan
- Sambutan hari lahir
- Sambutan hari guru
- Majlis konvokesyen
Waktu Operasi & Kadar Yuran Bulanan
PAKEJ SEPENUH HARI | ||||
Bil | Hari | Masa | Bayaran bulanan | |
Staf / Pelajar UTM | Staf / Pelajar Antarabangsa UTM & orang awam | |||
1 | Ahad – Rabu | 8.00 pagi – 5.00 petang | RM 330 | RM 390 |
2 | Khamis | 8.00 pagi – 3.30 petang | ||
PAKEJ SEPARUH HARI | ||||
3 | Ahad –Khamis | 8.00 pagi – 12.00 tengahari | RM 290 | RM 330 |
Jadual Pembelajaran Dan Aktiviti Harian
Pakej Sepenuh Hari | |||
Bil | Hari | Masa | Aktiviti |
1 | Ahad – Rabu |
7.30 pagi – 8.00 pagi 8.00 pagi – 8.30 pagi 8.30 pagi – 12.00 tengahari 12.00 tengahari – 1.30 petang 1.30 petang – 3.00 petang 3.00 petang – 3.30 petang 3.30 petang – 5.00 petang |
Kehadiran pelajar Sarapan pagi Pembelajaran teras Makan tengahari & mandi Rehat Minum petang Latihan amali dan iqra’ |
2 | Khamis |
7.30 pagi – 8.00 pagi 8.00 pagi – 8.30 pagi 8.30 pagi – 12.00 tengahari 12.00 tengahari – 1.30 petang 1.30 petang – 3.00 petang 3.00 petang – 3.30 petang |
Kehadiran pelajar Sarapan pagi Pembelajaran teras Makan tengahari & mandi Rehat Minum petang |
Pakej Separuh Hari |
|||
3 | Ahad – Khamis |
7.30 pagi – 8.00 pagi 8.00 pagi – 8.30 pagi 8.30 pagi – 12.00 tengahari |
Kehadiran pelajar Sarapan pagi Pembelajaran teras |
