bantuan zakat latihan industri

Bantuan zakat latihan industri ini adalah daripada peruntukan Asnaf Fakir dan Asnaf Miskin.

Syarat-syarat permohonan Bantuan Zakat Latihan Industri (BZLI)

Beragama Islam

Warganegara Malaysia / Pemastautin Tetap

Ijazah Sarjana Muda sepenuh masa dan berdaftar di UTM Johor Bahru sahaja (Pelajar SPACE tidak layak)

Pelajar berstatus aktif

Hanya sekali permohonan dalam satu semester

Tergolong dalam golongan fakir /miskin (tertakluk pada kiraan had kifayah Johor)

Pendapatan keluarga kurang RM3,000 dan mempunyai tanggungan yang ramai

Lampiran yang diperlukan
  1. Sila sertakan slip gaji / penyata pencen /penyata bantuan perkeso / penyata pendapatan dari majikan seperti felda, risda atau felcra
  2. Borang pengesahan pendapatan hanya boleh digunakan bagi ibu bapa yang bekerja sendiri sahaja (tiada majikan) dan disahkan oleh Penasihat Akademik Fakulti atau Ketua Kampung tempat tinggal pemohon sahaja.
  3. Sila nyatakan pekerjaan ibu/bapa secara terperinci. Contoh: nelayan, tukang jahit kasut
  4. Borang pengesahan pendapatan boleh dimuat turun di borang pengesahan pendapatan
  5. Sila nyatakan pekerjaan ibu/bapa secara terperinci. Contoh: nelayan, tukang jahit kasut

Bukan penerima biasiswa/bantuan

Tapisan adalah mengikut keutamaan pemohon-pemohon lain

Menerima pinjaman yang tidak melebihi RM3,500 setiap semester

Tidak menerima elaun sepanjang menjalani latihan industri

Dokumen yang diperlukan

  1. Salinan kad pengenalan
  2. Salinan kad matrik
  3. Salinan penyata gaji / pengesahan pendapatan ibu/bapa
  4. Salinan penempatan latihan industri yang menyatakan tiada elaun diberikan
  5. Salinan penyata bank (CIMB BANK sahaja)

PANDUAN PERMOHONAN

1. Dibuka pada setiap awal semester. Iklan akan dihebahkan di facebook Masjid Sultan Ismail, UTM dan website Pusat Islam UTM. Tertakluk mengikut tarikh yang telah ditetapkan

PANDUAN PERMOHONAN

2. Bagi pemohon yang membuat permohonan dalam tempoh permohonan dibuka, sila lengkapkan borang permohonan secara atas talian di borang bantuan zakat

PANDUAN PERMOHONAN

3. Sila pastikan pemohon mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan dan rujuk carta alir sebelum membuat permohonan

PANDUAN PERMOHONAN

4. Sila pastikan borang diisi dengan lengkap beserta dokumen-dokumen yang diminta. Kegagalan pemohon dalam melengkapkan borang dan dokumen yang diperlukan akan menyebabkan borang tidak akan diproses.

PANDUAN PERMOHONAN

5. Keputusan akan dimaklumkan melalui emel yang diberikan oleh pemohon

PANDUAN PERMOHONAN

6. Bagi urusan kecemasan yang telah melepasi tarikh yang ditetapkan, pelajar boleh berurusan terus ke Pejabat Unit Zakat & Kebajikan, Pusat Islam UTM Johor Bahru

Jumlah bantuan yang akan diterima maksimum RM 600

Bantuan Zakat Latihan Industri akan dikreditkan terus ke akaun pemohon yang didaftarkan dengan Bendahari UTM

Sebarang pertanyaan/urusan, sila hadir terus ke Pejabat Unit Zakat & Kebajikan Pusat Islam UTM.