bantuan zakat sara diri
Bantuan zakat sara diri ini adalah daripada peruntukan Asnaf Fakir dan Asnaf Miskin
Syarat-syarat permohonan Bantuan Zakat Sara Diri (BZSD)
Beragama Islam
Warganegara Malaysia / Pemastautin Tetap
Hanya sekali permohonan dalam satu semester
Tapisan adalah mengikut keutamaan pemohon-pemohon lain
Bukan sedang menjalani latihan industri
Ijazah Sarjana Muda sepenuh masa dan berdaftar di UTM Johor Bahru sahaja (Pelajar SPACE tidak layak)
Tergolong dalam golongan fakir /miskin (tertakluk pada kiraan had kifayah Johor)
Menerima pinjaman yang tidak melebihi RM3,500 setiap semester
Pelajar berstatus aktif
Pendapatan keluarga kurang RM3,000 dan mempunyai tanggungan yang ramai
Dokumen yang diperlukan
- Sila sertakan slip gaji / penyata pencen /penyata bantuan perkeso / penyata pendapatan dari majikan seperti felda, risda atau felcra
- Borang pengesahan pendapatan hanya boleh digunakan bagi ibu bapa yang bekerja sendiri sahaja (tiada majikan) dan disahkan oleh Penasihat Akademik Fakulti atau Ketua Kampung tempat tinggal pemohon sahaja.
- Borang pengesahan pendapatan boleh dimuat turun di borang pengeshan pendapatan
- Sila nyatakan pekerjaan ibu/bapa secara terperinci. Contoh: nelayan, tukang jahit kasut
Bukan penerima pinjaman/biasiswa/bantuan
dokumen yang diperlukan
Salinan Kad Pengenalan
Salinan Kad Matrik
Salinan penyata gaji / pengesahan pendapatan ibu/bapa
Salinan penyata bank (CIMB BANK sahaja)
Panduan permohonan :
Dibuka pada setiap awal semester. Iklan akan dihebahkan di facebook Masjid Sultan Ismail, UTM dan website Pusat Islam UTM. Tertakluk mengikut tarikh yang telah ditetapkan.
Bagi pemohon yang membuat permohonan dalam tempoh permohonan dibuka, sila lengkapkan borang permohonan secara atas talian di
Sila pastikan pemohon mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan dan rujuk carta alir sebelum membuat permohonan
Sila pastikan borang diisi dengan lengkap beserta dokumen-dokumen yang diminta. Kegagalan pemohon dalam melengkapkan borang dan dokumen yang diperlukan akan menyebabkan borang tidak akan diproses.
Keputusan akan dimaklumkan melalui emel yang diberikan oleh pemohon
Bagi urusan kecemasan yang telah melepasi tarikh yang ditetapkan, pelajar boleh berurusan terus ke Pejabat Unit Zakat & Kebajikan, Pusat Islam UTM Johor Bahru
Jumlah bantuan yang akan diterima dengan kadar maksimum RM600 |
Bantuan Zakat Sara Diri akan dikreditkan terus ke akaun pemohon yang didaftarkan dengan Bendahari UTM |
Sebarang pertanyaan/urusan, sila hadir terus ke Pejabat Unit Zakat & Kebajikan Pusat Islam UTM |