Sejarah pembinaan
Universiti Teknologi Malaysia mempunyai masjidnya sendiri yang terletak dl kampus Jalan Semarak, Kuala Lumpur yang menjadi institusi dan nadi kepada penyebaran syiar Islam di kampus Jalan Semarak dan kawasan sekitarnya. Apabila UTM berpindah ke Sekudai, Johor dan menjadi kampus induk, pembinaan masid telah dimasukkan dalam perancangan pelan awal kewujudan dan pembinaan kampus.
Perancangan kampus UTM Sekudai adalah berdasarkan pada konsep pemusatan aktiviti-aktiviti gunasama utama yang berpusatkan dengan bangunan masjid sesuai dengan moto UTM, untuk Tuhan dan Manusia dan dikelilingi oleh bangunan-bangunan lain yang jaraknya boieh dihubungi dengan berjalan kaki sahaja.
Aktiviti-aktiviti gunasama ialah banguna-bangunan Perpustakaan Sultanah Zanariah, Dewan Sultan Iskandar, Bangunan Pentadbiran serta Bangunan Persatuan Pelajar. Bangunan-bangunan aktiviti gunasama utama ini dikelilingi oleh bangunan-bangunan fakulti dan semuanya ini diistilahkan sebagai Pusat Akademik.
Masjid Sultan Ismail ini mula didirikan dalam tahun 1986 dan siap pada tahun 1990. Kos pembinaannya ialah hampir 19 juta ringgit. Bangunan masjid ini ditempatkan dikawasan tengah kampus yang merupakan bangunan utama dari segi pemandangan serta terletak di dataran tinggi. Ini menjadikan Masjid sebagai titik tumpu dalam perancangan pembinaan kampus dan perletakkannya di kawasan tengah adalah selaras dengan konsep pembelajaran Islam di mana Masjid merupakan sumber tempat mencari dan menyebarkan ilmu.
Konsep
Rekabentuk
Bagi menerapkan ciri-ciri rekabentuk senibina Islam dengan gabungan rekabentuk senibina tradisional melayu, Masjid Sultan Ismail telah direka khas dengan kedua-dua ciri berkenaan.
Bagi menentukan kewujudan dan pembinaan masjid ini benar-benar menepati hukum dan lunas-lunas Islam pembinaannya dirancang dengan teliti agar bersesuaian dengan falsafah dan konsep Islam. Perundingan dan rujukan telah dibuat dengan kerjasama Y.B. Dato’ Hassan Din Al Hafiz, Imam Besar Istana Negara pada waktu itu.
Ukiran dinding diukir rupa yang bermotifkan geometri Islam. Kemasan dinding luar bangunan keseluruhannya adalah shanhai plaster. Tiang Masjid disaluti dengan batu marmar untuk mengindahkan Iagi rupa bentuknya.
Kemasan lantai untuk ruang utama jemaah lelaki diaras dua ialah permaidani, begitu juga ruang jemaah perempuan di aras tiga. Kemasan lantai lain keseluruhannya adalah terrazzo, jubin dan terdapat sedikit lantai batu marmar di ruang luar di aras dua.
Permukaan pintu masuk di susuk Masjid adalah berunsur pintu masuk Masjid-masjid di Negara Teluk Parsi, Iraq dan Iran. Railing Masjid diukir berbentuk railling yang biasa terdapat di rumah melayu,
Ruang jemaah wanita dikhaskan di ruang solat utama aras 1 (sisi kiri imam) dan aras 2. Ruang wuduk, bilik persalinan dan tandas wanita turut disediakan di kedua-dua aras. Seramai lebih kurang 740 jemaah wanita boleh dimuatkan dalam satu masa.
Tempat wuduk berunsur kemelayuan mempunyai rekabentuk bercirikan perigi. Jubin yang bermotifkan rekabentuk geometrik Islam menjadi hiasan di bahagian dinding sekitar tempat wuduk.
Mimbar Masjid adalah berbentuk mimbar Masjid Nabawi dan Masjid Turki yang diperbuat dari kayu merbau dan berukiran Iada hitam.