Maksud Hadis :
Daripada Abu Faras Rabi’ah bin Ka’ab Al-Aslami r.a, khadam Rasulullah S.A.W. Ia adalah daripada golongan fakir penghuni serambi masjid Rasulullah S.A.W katanya, aku bermalam di rumah Rasulullah S.A.W untuk membawakan air untuk baginda berwuduk dan keperluannya yang lain, maka sabda Rasulullah S.A.W, mintalah sesuatu daripadaku,? Aku menjawab, ku minta untuk menjadi pengiring engkau ke dalam syurga, sabda baginda lagi, selain itu? Kataku, itu sahaja, sabda baginda, kalau begitu tolonglah aku dengan memaksa dirimu sendiri dengan memperbanyakkan sujud.”
(Hadis Riwayat Muslim).
Pengajaran hadis :
  1. Islam menggalakkan seseorang menghulurkan khidmat baktinya dengan mendampingi seseorang yang mempunyai maqam yang tinggi disisi Allah S.W.T dengan cara sedemikian, ia dapat meningkatkan ketakwaan.
2. Islam menggalakkan seseorang memperbanyakkan sujud untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T bagi memudahkan mendapat rahmat-Nya.
3. Hadis lain yang berkaitan sujud:
Daripada Abu Abdullah yang dikenali juga dengan Abdul Rahman Thauban r.a. hamba Rasulullah SAW katanya, aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Perbanyakkanlah sujud sesungguhnya sekali-kali tidaklah engkau sujud kerana Allah satu sujud pun kecuali Allah mengangkat dengannya satu darjat, dan hapuskan dengannya satu dosa.”
4. Setiap muslim hendaklah sentiasa menjaga sembahyangnya terutamanya sembahyang fardhu.
5. Sujud termasuk rukun dalam rukun-rukun solat. Allah telah mewajibkan solat lima waktu sehari semalam yang dalamnya terkandung 17 rakaat dan 34 kali sujud. Setiap rakaat solat mengandungi dua kali sujud.
6. Orang yang meninggalkan solat adalah orang yang meninggalkan sujud kepada Allah SWT.
7. Keadaan bersujud boleh memanjangkan umur jantung dan mengelakkan pengecutan salur-salur darah yang membawa kepada penyakit arteriosklerosis. Kadar denyutan yang paling rendah berlaku disebabkan kedudukan kepala yang lebih rendah daripada jantung ketika sujud.
8. Ketika ini lebih banyak darah mengalir ke otak dan menyebabkan otak menerima bekalan oksigen yang dibawa melalui darah. Otak akan menjadi lebih sihat dan cerdas kerana mendapat bekalan oksigen yang banyak.
9. Pergerakan bahagian otot sewaktu sujud juga boleh memudahkan wanita bersalin. Banyak kajian perubatan moden membuktikan bahawa gerakan badan semasa solat banyak memberikan manfaat bagi ibu hamil. Ketika wanita bersolat, gerakan sujud dan rukuk secara semula jadi akan meningkatkan peredaran darah ke rahim. Ini kerana keperluan sel-sel rahim dan ovari seperti sel-sel limpa yang menyedut banyak darah,” kata Yazid lagi. Menurutnya, bagi wanita yang hamil, rahim memerlukan darah yang cukup agar janin mendapatkan gizi yang cukup dan seimbang.
Rujukan :Imam An-Nawawi( tt). Terjemahan Riyadus Solihin. Kuala lumpur: Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri.Saidatul Akmal Dunya. Perkaitan Antara Sujud dan Sains. Sinar Harian, 20 September 2013.