JOM MASUK KE TADIKA IHSAN UTMPendaftaran dibuka sepanjang tahun. Manakala bagi permohonan kemasukan ke Tadika Ihsan UTM bagi tahun berikutnya akan mula dibuka pada bulan September pada setiap tahun.GARIS PANDUAN PENDAFTARAN TADIKA IHSANBorang Pendaftaran TadikaPendaftaran dibuka daripada 00/00/0000 sehingga 00/00/0000Click Here Previous slide Next slide
Kenali Tadika Ihsan

Tadika Ihsan UTM adalah merupakan sebuah institusi pendidikan awal kanak-kanak yang terletak di dalam kawasan kampus UTM Johor Bahru dan diurus tadbir oleh Pusat Islam UTM. Operasi tadika ini telah bermula pada tahun 1987 dan berdaftar di bawah Jabatan Pelajaran Negeri Johor (JPNJ). Tadika ini menggunapakai silibus Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan dan berkonsepkan ‘Learn Through-Play Approach’ dengan menekankan kecemerlangan dari segi akademik, sahsiah dan rohani. Tadika ini menerima kemasukan anak-anak yang berumur seawal 4 tahun hingga 6 tahun.

 

Matlamat utama penubuhan tadika ini adalah bagi menyediakan perkhidmatan dan memberi kemudahan kepada warga UTM untuk menghantar anak-anak ke tadika. Di samping itu, ianya juga secara tidak langsung dapat membantu ibu bapa lebih fokus pada waktu bekerja dan tidak bimbang berkaitan urusan hantar dan jemput anak kerana lokasinya yang berada dalam kampus UTM dan beroperasi bermula jam 7.30 pagi hingga jam 5.30 petang.

 

Keistimewaan Tadika Ihsan

  • Mempunyai guru-guru yang terlatih dan berpengalaman
  • Lokasinya yang strategik, luas dan selamat di dalam kampus
  • Melaksanakan pendekatan ‘seronok belajar’
  • Mengutamakan keseimbangan akademik, sahsiah dan rohani
  • Penilaian secara menyeluruh melibatkan perkembangan jasmani, emosi, rohani dan intelektual.
  •  

    Kurikulum yang digunapakai oleh TIUTM adalah Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Kandungan KSPK adalah berasaskan enam tunjang iaitu :

  • Komunikasi
  • Kerohanian, Sikap dan Nilai
  • Kemanusiaan
  • Perkembangan Fizikal dan Estetika
  • Sains dan Teknologi
  • Keterampilan Diri.
  • Visi & Misi

    VISI
    Diiktiraf sebagai sebuah pusat perkembangan awal kanak-kanak yang terbaik.

    MISI
    Menjadi peneraju pembangunan diri kanak-kanak secara menyeluruh berteraskan nilai-nilai Islam.

    Matlamat Kami

    Pembelajaran kanak-kanak yang menyeluruh dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual.

    1. Jasmani

    Melahirkan fizikal yang sihat melalui pendidikan jasmani, musik dan pergerakan menggunakan alat bantu mengajar dan peralatan pendidikan serta pemakanan yang seimbang.

    2. Emosi

    Membangunkan interaksi yang positif, sikap dan kemahiran komunikasi bagi meningkatkan keyakinan diri dan harga diri kanak-kanak.

    3. Rohani

    Waktu Operasi & Kadar Yuran Bulanan

     

    Jadual Pembelajaran & Aktiviti Harian

    Pakej Sepenuh Hari

    Pakej Setengah Hari

    Senarai Kelas

    Takwim Tahunan Murid

    Menu Harian
    Minggu Pertama, Ketiga & Kelima

    Minggu Kedua & Keempat