Kenali Taska Ihsan 

Taska Ihsan UTM adalah merupakan  pusat asuhan kanak-kanak yang terletak di dalm kawasan kampus UTM Johor Bahru di aman ianya di bawah urus tadbir dan penyeliaan Pusat Islam UTM. Penubuhan taska di perkhidmatan dan memberi kemudahan kepada warga UTM untuk menghantar anak mereka ke taska bagi mendapatkan asuhan dan didikan awal kanak-kanak yang berkualiti.

Matlamat utama penubuhannya adalah untuk mewujudkan seuah pusat asuhan dan pendidikan awal kanak-kanak yang kondusif dan komprehensif serta memberikan perkhidmatan dan asuhan yang terbaik agar anak-anak ini dapat membangun potensi diri dan seimbang dari segi jasmani dan rohani.

Keistimewaan Taska Ihsan

    Mempunyai pengasuh yang terlatih dan berpengalaman.
  • Lokasinya yang strategik, luas dan selamat di dalam kampus.
  • Melaksanakan aktiviti yang meransang perkembangan kanak-kanak.
  • Mematuhi nisbah pengasuh dan kanak-kanak seperti mana yang ditetapkan oleh JKM
  • Ruangan premis yang ‘mesra kanak-kanak’ dari segi aspek keselamatan, pembelajaran, kesihatan, kebersihan dan keceriaan.