Bagi kategori :

> Bantuan Zakat Yuran Pengajian (BZYP)

> Bantuan Zakat Sara Diri (BZSD)

> Bantuan Zakat Latihan Industri (BZLI)

 

KINI DIBUKA !

Bermula 10 September 2017 hingga 28 September 2017

 

Terbuka kepada semua mahasiswa yang sedang mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda secara Sepenuh Masa dan berdaftar di UTMJB sahaja.

 

Permohonan adalah dibuat secara online di laman web www.islamiccentre.utm.my

 

Sila pastikan borang diisi dengan lengkap beserta dokumen-dokumen yang diperlukan. Borang yang tidak lengkap tidak akan diproses.

 

Selain syarat-syarat am yang ditetapkan, berikut adalah syarat khusus permohonan bagi setiap kategori :

 

📍 Pendapatan keluarga tidak melebihi RM3,000 sebulan dan mempunyai tanggungan yang ramai, sila sertakan slip gaji atau penyata pencen atau penyata bantuan perkeso atau penyata pendapatan dari majikan seperti felda, risda atau felcra. Borang pengesahan pendapatan hanya boleh digunakan bagi penjaga yang bekerja sendiri sahaja (tiada majikan) dan disahkan oleh Penasihat Akademik Fakulti atau Ketua Kampung tempat tinggal pemohon sahaja. Bagi ibu/bapa yang bekerja sendiri, sila nyatakan pekerjaan ibu/bapa secara terperinci. Contoh, nelayan, pekebun….

 

📍 Bagi permohonan bantuan zakat yuran pengajian, pemohon mestilah tidak menerima apa-apa tajaan atau pinjaman atau bantuan kewangan dari mana-mana pihak.

 

📍 Bagi bantuan zakat sara diri, pemohon mestilah tidak menerima apa-apa tajaan atau pinjaman yang melebihi RM3,500 setiap semester.

 

📍 Bagi bantuan zakat latihan industri, pemohon mestilah tidak menerima apa-apa tajaan atau pinjaman yang melebihi RM3,500 dan juga tidak menerima elaun dari majikan tempat praktikum dan perlu disertakan bersama pengesahan tidak menerima elaun daripada majikan.

 

Keputusan permohonan adalah ditapis berdasarkan kiraan had kifayah yang disediakan oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor, dan dengan merujuk syarat-syarat yang telah ditetapkan.

 

*Keputusan akan diemelkan bagi pemohon yang berjaya sahaja.*

 

Pusat Islam

Universiti Teknologi Malaysia

Johor Bahru

Hubungi : 07-5537508/10