Sempena cuti sekolah yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi, Pusat Islam UTM akan mengadakan program-program yang memberi input kerohanian, kemahiran, pemantapan ilmu dan sahsiah anak-anak.
Antara program yang ditawarkan adalah seperti berikut:
1) PROJEK CUPCAKE JUNIOR
Tarikh : 13 Ogos 2019 (Selasa)
Masa  : 8.00 pagi – 12.00 tengahari
Tempat : Dewan al-Ghazali, Masjid Sultan Ismail UTMJB
Tahap umur : 7-15 tahun
Yuran penyertaan : RM 40.00 (termasuk sarapan, makan tengahari, bahan cupcake & boleh membawa pulang cupcake yang dihias oleh peserta)
 
Objektif :

Program ini akan memberi pendedahan kepada anak-anak tentang kaedah asas dan pantang larang bagi memasak kek secara teori dan praktikal. Di samping itu, program ini juga mengasah bakat anak-anak dalam menghasilkan dan seni dekorasi kek. Program ini akan dibimbing oleh En. Zulkifli Bin Ahmad yang merupakan seorang yang mahir dalam bidang masakan.