Selamat Datang ke Tadika Ihsan

Menyediakan pendidikan awal yang berkualiti untuk anak-anak anda melalui pendekatan islamik yang holistik dan bersepadu.

Sebarang pertanyaan sila hubungi:

07-5535649 / 37501 / 37529

Tadika Ihsan UTM adalah merupakan sebuah institusi pendidikan awal kanak-kanak yang terletak di dalam kawasan kampus UTM Johor Bahru dan diurus tadbir oleh Pusat Islam UTM. Operasi tadika ini telah bermula pada tahun 1987 dan berdaftar di bawah Jabatan Pelajaran Negeri Johor (JPNJ). Tadika ini menggunapakai silibus Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan dan berkonsepkan ‘Learn Through-Play Approach’ dengan menekankan kecemerlangan dari segi akademik, sahsiah dan rohani. Tadika ini menerima kemasukan anak-anak yang berumur seawal 4 tahun hingga 6 tahun.

Matlamat utama penubuhan tadika ini adalah bagi menyediakan perkhidmatan dan memberi kemudahan kepada warga UTM untuk menghantar anak-anak ke tadika. Di samping itu, ianya juga secara tidak langsung dapat membantu ibu bapa lebih fokus pada waktu bekerja dan tidak bimbang berkaitan urusan hantar dan jemput anak kerana lokasinya yang berada dalam kampus UTM dan beroperasi bermula jam 7.30 pagi hingga jam 5.30 petang.

VISI
Diiktiraf sebagai sebuah pusat perkembangan awal kanak-kanak yang terbaik.

MISI
Menjadi peneraju pembangunan diri kanak-kanak secara menyeluruh berteraskan nilai-nilai Islam.

Pembelajaran kanak-kanak yang menyeluruh dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual.

1. Jasmani

Melahirkan fizikal yang sihat melalui pendidikan jasmani, musik dan pergerakan menggunakan alat bantu mengajar dan peralatan pendidikan serta pemakanan yang seimbang.

2. Emosi

Membangunkan interaksi yang positif, sikap dan kemahiran komunikasi bagi meningkatkan keyakinan diri dan harga diri kanak-kanak.

3. Rohani

  • Memupuk nilai-nilai Islam dan adab.
  • Memahami prinsip Islam.
  • Mempelajari dan mengamalkan solat.
  • Membaca iqra, hafazan surah dan doa harian.

4. Intelektual (kognitif)

Membangunkan kefahaman dalam pengetahuan asas seperti :

  • Pengetahuan fizikal – hubungan antara benda-benda dan pemerhatian.
  • Pengetahuan Logical Mathematical– hubungan benda-benda.
  • Pengetahuan perwakilan – ungkapan-ungkapan imaginatif terus.
  • Pengetahuan Konvensional Sosial – adat masyarakat dan budaya.
  • Strategi-strategi penyelesaian masalah.

Kurikulum yang digunapakai oleh TIUTM adalah Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Kandungan KSPK adalah berasaskan enam tunjang iaitu :

  • Komunikasi
  • Kerohanian, Sikap dan Nilai
  • Kemanusiaan
  • Perkembangan Fizikal dan Estetika
  • Sains dan Teknologi
  • Keterampilan Diri

Keistimewaan Tadika Ihsan

Guru Berpengalaman

Guru-guru kami berpengalaman luas dan komited untuk perkembangan holistik anak-anak.

Pembelajaran yang Seimbang

Mengutamakan keseimbangan akademik, sahsiah dan rohani dengan melaksanakan pendekatan ‘seronok belajar’.

Persekitaran Pembelajaran Selamat

Kami menyediakan persekitaran yang selamat untuk anak-anak belajar dan berkembang dengan selesa.

Kurikulum Holistik

Penilaian secara menyeluruh melibatkan perkembangan jasmani, emosi, rohani dan intelektual.

Galeri Tadika Ihsan

Koleksi Gambar Tadika

© 2024 Pusat Islam Universiti Teknologi Malaysia. Hak cipta terpelihara.