وَمِنْهُمْ مَنْ يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
“Dan di antara mereka ada orang yang berdoa, Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa api neraka” (al-Baqarah, 201: 2).
Ayat 201 surah al-Baqarah merupakan doa yang terbaik untuk diamalkan.
Menurut tafsir Ibnu Khuatir (2008: 503-504) menyebut bahawa doa ini meliputi:
1. Pelbagai kebaikan di dunia dan menjauhkan segala kejahatan.
2. Mencakupi permintaan yg bersifat duniawi seperti kesihatan; rumah yang luas; isteri yang cantik; rezeki yang melimpah; ilmu yang bermanfaat; amal soleh; kenderaan yang baik; dan pujian.
3. Kebaikan di akhirat mencakupi permohonan syurga; ketenangan jiwa; kemudahan hisab; keselamatan daripada api neraka; perlindungan daripada segala dosa dan larangan, terhindar daripada pelbagai syubhat dan perkara haram.
*Anas bin Malik sendiri jika hendak berdoa, beliau selalu membaca doa itu atau memasukkan doa tersebut dalam doa yang lain (al- Bukhari)
*Rasulullah saw juga menganjurkan agar orang yang sakit untuk membaca doa tersebut agar diberi kekuatan dan sanggup menerima semua ujian kesakitan. Orang sakit yang membacanya lantas sakitnya disembuhkan oleh Allah swt berkat doa yang dibaca (Imam Ahmad)
Rujukan: Tafsir Ibnu Kathir