BAGAIMANA MAJIKAN BERAKHLAK DENGAN STAF: Penting Tapi Ramai MeremehkannyaDr. Naemah HamzahHasil kajian ini boleh membantu merungkai kemelut antara majikan dan pekerja yang berlaku di mana-mana asal di situ ada ketua dan ada pekerjanya.Hasil kajian yang dilakukan pada tahun 2015 telah menghasilkan dapatan yang cukup baik untuk diamalkan agar suasana di tempat kerja menjadi lebih harmoni. Keharmonian tidak bermakna staf tidak berkualiti, disiplin terabai dan produktiviti menurun.Namun, kita ingin melihat satu situasi yang sejahtera bukan terpaksa dan paling penting segala yang berlaku mengikut prosedur pekerjaan yang ditetapkan. Lebih bahagia apabila slogan UTM My Home diterapkan dan disebarluaskan untuk menghidupkan keharmonian dan keselesaan bahkan kita akan sayang pekerjaan kita sepenuh jiwa raga.Hasil kajian tesis bertajuk “Aplikasi Amalan Fiqh Sains Rumah Tangga dan Kerjaya dalam kalangan Akademik Wanita Cemerlang (2015)” menunjukkan dapatan ciri-ciri pentadbir cemerlang seperti berikut:
- 1. Bertegur sapa, bertanya khabar
- 2. Berterus-terang
- 3. Toleransi
- 4. Disenangi ramai
- 5. Memahami
- 6. Anggap seperti satu keluarga
- 7. Menegur, menasihati
- 8. Menerima seadanya
- 9. Menjaga hati, tidak menyakiti perasaan
- 10. Berkarisma, bijak mentadbir
- 11. Pemurah
- 12. Mendengar, membantu selesaikan masalah
- 13. Tegas
- 14. Tidak berkira, tolong-menolong, bekerjasama
- 15. Dapat mengawal emosi/sifat marah
- 16. Tidak mudah terpengaruh
- 17. Respect, hormat-menghormati
- 18. Mendapatkan sokongan staf
- 19. Simbiosis, saling-memerlukan
- 20. Contoh yang baik
- 21. Positif
Sarjana Islam menambah beberapa ciri dan sifat baik yang patut diamalkan oleh majikan iaitu:
- Ithar (mengutamakan saudara lebih dari dirinya sendiri).
- Berbuat baik pada diri dan membaiki orang lain (Mohd Ismail, 1999).
- Amanah dan bertanggungjawab (al-Qardawi, 1999).
- Bersungguh-sungguh dan bersifat ihsan (al-Syazli, 2012; al-Qardawi, 1999).
- Menepati masa (al-Syazli, 2012, al-Ghazali, 1990).
- Tekun bekerja, menepati janji, tidak mencuri waktu bekerja, tidak menipu, tidak menerima rasuah, menghulurkan bantuan apabila diperlukan, menghadiri jemputan dan majlis keramaian, menziarahi orang sakit dan kematian; memberikan nasihat yang baik (al-Syazli, 2012).
- Berilmu dan bertakwa.
- Ikhlas dan adil, jujur dan setia.
- Berpegang kepada prinsip hidup yang sama.
- Mencari persefahaman dan penyesuaian cita rasa.
- Memahami tabiat ahli keluarga.
- Percaya-mempercayai.
- Hormat-menghormati.
- Sabar, penyayang.
- Pemaaf.
- Bertolak-ansur dan bertimbang rasa.
- Muafakat dan kerjasama.
- Menunjukkan dan tidak menyalahkan.
- Membantu dan tidak membebankan.
- Menghargai dan tidak mengeji.
- Belas ihsan dan tidak mendera (Abu Malik Kamal, 2012; Abdul Rahman, 2001).
Menurut Muhammad Syafii (2011), sifat yang dilarang adalah mengadu domba, iri hati, memfitnah, marah dan menghina.Oleh kerana itu, para salaf al-salih menganggap bahawa budi pekerti yang baik umpama sebutir buah yang memberi manfaat kepada orang disekelilingnya (al-Ghazali, 1990).
*Dapatkan kertas kerja “Model Ciri-ciri Pentadbir Cemerlang Universiti Awam di Malaysia” dari Konvensyen Pentadbir UTM 2017.
TAZKIRAH 1: BAYAN LINNAS SIRI 63: MASJID & KANAK-KANAK
TAZKIRAH 2: ADAB PERGAULAN DALAM ISLAM
Oleh: Naemah Hamzah
Hakikatnya, menjaga pergaulan dan tingkah laku merupakan suatu tuntutan dalam Islam. Perlakuan tersebut menggambarkan keindahan akhlak dan keluhuran budi pekerti yang disanjung tinggi dalam Islam. Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: “Tidaklah aku diutuskan melainkan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.”(Hadith Riwayat al-Bukhari). Oleh itu, setiap muslim hendaklah menjaga pergaulan antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Hal ini tidak terkecuali kepada mana-mana wanita atau lelaki yang keluar rumah untuk menjalankan sebarang urusan seperti bekerja, belajar, berpolitik, berjual-beli dan bersukan.
Jelasnya, sejarah Islam telah menunjukkan beberapa contoh yang baik dalam aspek pergaulan antara lelaki dan wanita yang bukan muhrim. Pertama, pada zaman Rasulullah SAW mulanya kaum lelaki dan wanita boleh memasuki masjid menerusi mana-mana pintu yang terbuka. Namun, apabila sering berlaku kesesakan maka Rasulullah SAW telah bersabda, “Alangkah baiknya sekiranya kamu jadikan pintu ini untuk wanita.” Lantaran itu, pintu tersebut sehingga sekarang dikhususkan untuk wanita masuk menerusinya dan dikenali sebagai Bab An- Nisa’. Kedua, Rasulullah SAW pernah menolak apabila wanita Islam menghulurkan tangan untuk berbaiah dengan baginda. Ketiga, Rasulullah SAW juga menyuruh para wanita berjalan di tepi-tepi jalan bagi mengelakkan percampuran antara lelaki dan wanita. Keempat, penyertaan kaum wanita di medan perang juga disertai oleh mahram dalam kalangan ayah, suami atau anak lelaki mereka. Peranan wanita dalam peperangan juga dihadkan untuk memberi rawatan kecemasan, menjaga pejuang Islam yang tercedera, memasak, menyediakan minuman dan melengkapkan keperluan peperangan yang diperlukan oleh kaum mujahidin. Menyedari hakikat ini, bentuk penjagaan ikhtilat yang ditunjukkan sepatutnya menjadi tauladan yang berguna kepada generasi moden kita pada hari ini. Model ini adalah tepat untuk dijadikan inspirasi bagi mengatur urusan mereka apabila melibatkan percampuran jantina. Model muamalah yang baik bukanlah sepertimana yang dilihat di dalam drama atau program-program lain di kaca televisyen yang mempamerkan pergaulan bebas tanpa batasan. Antara adab pertemuan antara lelaki dan wanita ialah:
- Berlaku ketegasan ketika berbincang tanpa gurau-senda yang berlebih-lebihan sehingga mendatangkan fitnah dan kemungkaran.
- Menahan pandangan. Menahan dan menjaga pandangan di sini bermaksud tidak melihat aurat sesama manusia, memandang dengan pandangan yang bernafsu atau memandang dengan pandangan yang lama tanpa keperluan.
- Menghindari berjabat tangan antara lelaki dan wanita.
- Memisahkan antara lelaki dan wanita dalam situasi tertentu.
- Tidak bersesak-sesak antara lelaki dan wanita dalam sesebuah tempat.
- Mengelakkan khalwat atau bersunyi-sunyian antara lelaki dan wanita.
- Meminta izin suami jika bertemu dengan wanita yang suaminya tiada di rumah.
- Menghindari pertemuan yang lama dan berulang-ulang antara lelaki dan wanita bagi menutup pintu-pintu fitnah (saddu zara’i).
- Mengelakkan membuat sebarang pertemuan di tempat yang boleh menimbulkan fitnah, menjauhi perbuatan maksiat dan dosa.
- Memakai pakaian yang sopan dan menutup aurat dengan sempurna.
- Mengawal perbuatan dan pergerakan agar sentiasa tenang dan tidak keterlaluan.
- Serius ketika bercakap dan berhujah bersama lelaki yang bukan mahram. Larangan ini sepertimana dalam firman Allah SWT:
فَلَا تَخۡضَعۡنَ بِٱلۡقَوۡلِ فَيَطۡمَعَ ٱلَّذِي فِي قَلۡبِهِۦ مَرَضٞ وَقُلۡنَ قَوۡلٗا مَّعۡرُوفٗا ٣٢
Maksudnya:
“Oleh itu, janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa kamu bercakap dengan lelaki yang asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit di dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu) dan berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan).”
(al-Ahzab, 32)
Kaum lelaki juga diharamkan memandang kaum wanita tanpa keperluan yang mendesak dan berserta dengan syahwat kerana boleh membawa kepada maksiat. Pandangan yang dibenarkan adalah untuk kemaslahatan tertentu dalam menuntut ilmu, berjual-beli, rawatan dan penyaksian. Pendapat yang diutarakan menyebabkan larangan wanita memandu kenderaan sendiri dan menaiki kenderaan awam tanpa mahram berdasarkan alasan yang sama dibimbangi berlakunya percampuran bebas antara lelaki dan wanita. Hukum ini diguna pakai di negara Arab kerana wanita mereka tidak dibenarkan memandu kenderaan malahan sekolah dan universiti juga diasingkan terus antara lelaki dan wanita termasuk pengajar dan pentadbir hanyalah daripada jantina yang sama. Di Malaysia, lebih mengambil pandangan dibolehkan oleh bercampur untuk tujuan yang baik seperti belajar, bekerja dan berjual-beli.
Seterusnya menjaga pergaulan antara lelaki dan wanita termasuk komunikasi menggunakan medium sosial seperti facebook, WhatsApp dan E-mil. Oleh kerana itu, kita hendaklah berhati-hati menggunakan medium sosial ini. Keperihatianan terhadap penggunaan teknologi maklumat dengan betul mampu memberi kebaikan kepada penggunanya. Namun, sekiranya perkara ini dibiarkan boleh mengundang pelbagai masalah sosial seperti perbuatan zina, khalwat, permusuhan bahkan perceraian dalam keluarga. Oleh itu, pengguna Islam yang bijak cenderong membuat pemilihan rakan facebook yang sama jantina sebagai alternatif untuk menjaga hubungan antara lelaki dan wanita. Sekiranya perlu melibatkan rakan yang berlainan jantina maka pemilihan boleh dibuat berdasarkan kepentingan dakwah, keperluan pekerjaan atau pembelajaran sahaja. Pengguna Islam hendaklah menjaga adab ketika memberikan komentar di alam maya, berhati-hati ketika memuatnaikkan gambar yang perlu atau sesuai sahaja, menulis berkaitan pekerjaan atau pendidikan dan menjadikan facebook atau whatsapp sebagai ruang untuk memberi tazkirah kepada masyarakat sebagai usaha dakwah atau motivasi.
Kesimpulannya, pertemuan antara lelaki dan wanita hakikatnya tidaklah haram. Sebaliknya, ia merupakan perkara yang dituntut sekiranya niat daripada pertemuan itu ialah untuk bekerjasama dalam perkara-perkara yang baik. Antaranya untuk urusan menuntut ilmu seperti yang telah disebutkan sebelum ini. Tetapi, hal ini tidaklah bermakna semuanya itu memberi ruang kebebasan kepada lelaki dan wanita untuk membelakangi batasan atau melupakan had yang telah ditentukan oleh syarak.
TAZKIRAH 3: LA TAHZAN: 10 BUNGA UNTUK HIDUP BAHAGIA (عشر زهرات يقطفها من اراد الحياة الطيبة)
Rujukan: al-Qarni, ‘Aid bin Abdullah (2009), La Tahzan. Riyadh: Maktabah al-‘Abikan.
TAZKIRAH 4: MENCARI REDA ALLAH SWT
TAZKIRAH 5: BAB MENUTUP KE’AIBAN ORANG ISLAM DAN LARANGAN MENDEDAHKAN TANPA ADA SESUATU YANG MEMAKSAOleh: Dr. Naemah Hamzah
“Sesungguhnya orang yang suka menghebahkan tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman mereka itu akan beroleh azab siksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan akhirat…”
Daripada Abu Hurairah r.anhu daripada Nabi SAW sabdanya, “Tiada menutup seseorang hamba akan ke’aiban seseorang hamba di dunia melainkan Allah menutup ke’aibannya di hari akhirat.”(Riwayat Muslim)
TAZKIRAH 6: MUTIARA HADIS: BAB BERBUDI MULIA DAN BERSIKAP TENANGOleh: Dr. Naemah Hamzah
TAZKIRAH 7: DOA YANG SANGAT WAJAR DIAMALKAN DI ZAMAN INI (AYAT PENGERAK)
Oleh: Ismail bin Abu Bakar (http://www.darussyifa.org/modules.php?name=News&file=article&sid=50)
2. Tidak Berhasil, Tidak Berjaya, Gagal
3. Berbahaya
4. Melarat, Bertambah Payah
2. Berhasil, Berjaya dan Tidak Gagal.
3. Selamat dari bahaya.
4. Tidak melarat, Menjadi Senang.