bantuan zakat kecemasan
Terbuka kepada mahasiswa UTM yang sedang mengikuti Ijazah Sarjana Muda secara Sepenuh Masa dan Berdaftar, serta bertepatan dengan syarat-syarat yang ditetapkan
Antara bentuk-bentuk kecemasan adalah seperti berikut :
Tambang perjalanan (bas / kereta api / kapal terbang)
Kecurian
Perubatan
Musibah
Projek Sarjana Muda
Lain-lain perkara yang layak dipertimbangkan
Syarat-syarat permohonan :
Beragama Islam
Warganegara Malaysia atau Penduduk Tetap
Mengikuti Ijazah Sarjana Muda secara Sepenuh Masa di UTM dan berdaftar
Pemohon mestilah datang dari keluarga fakir atau miskin
Bukan penerima biasiswa dan zakat UTM, kecuali kecemasan kritikal
Pendapatan keluarga tidak melebihi RM 3,000 sebulan dan mempunyai tanggungan yang ramai (tertakluk pada kiraan had kifayah Johor)
Tiada sumber kewangan lain
PANDUAN PERMOHONAN
Unit Zakat & Kebajikan Pusat Islam UTM sedia membantu para pelajar yang sedang menghadapi kesulitan.
Sila rujuk carta alir ini untuk mengetahui proses permohonan zakat kecemasan.
Sila klik link di bawahÂ
Sebarang urusan, sila hadir terus ke Pejabat Unit Zakat & Kebajikan Pusat Islam UTM.