Ucapan Pengarah

DSC_0024

Assalamualaikum w.b.t. dan Selamat Sejahtera

Kepada pelawat-pelawat web Pusat Islam Universiti Teknologi Malaysia
Pusat Islam UTM merupakan sebuah pusat kecemerlangan yang berperanan membuat perancangan dan melaksanakan program dan aktivti berkaitan keintelektualan Islam, kemasyarakatan dan kebajikan. Segala program yang dijalankan sepanjang masa adalah untuk memberikan kemanfaatan kepada seluruh warga kampus dan masyarakat sekitar. Lokasi Pusat Islam yang berada di tengah-tengah pusat pentadbiran UTM memberikan erti yang begitu mendalam kepada warga kampus termasuk pelajar dan staf. Kedudukan ini adalah amat bertepatan sekali dengan motto UTM “Kerana Tuhan Untuk Manusia”.
Web ini akan memberikan gambaran secara umum berkaitan pengurusan, pembangunan, pelaksanaan program dan perkembangan Pusat Islam dari masa ke semasa.

Sekian, wassalam.