bantuan zakat latihan industri
Bantuan zakat latihan industri ini adalah daripada peruntukan Asnaf Fakir dan Asnaf Miskin.
Syarat-syarat permohonan Bantuan Zakat Latihan Industri (BZLI)
Beragama Islam
Warganegara Malaysia / Pemastautin Tetap
Ijazah Sarjana Muda sepenuh masa dan berdaftar di UTM Johor Bahru sahaja (Pelajar SPACE tidak layak)
Pelajar berstatus aktif
Hanya sekali permohonan dalam satu semester
Tergolong dalam golongan fakir /miskin (tertakluk pada kiraan had kifayah Johor)
Pendapatan keluarga kurang RM3,000 dan mempunyai tanggungan yang ramai
Lampiran yang diperlukan
- Sila sertakan slip gaji / penyata pencen /penyata bantuan perkeso / penyata pendapatan dari majikan seperti felda, risda atau felcra
- Borang pengesahan pendapatan hanya boleh digunakan bagi ibu bapa yang bekerja sendiri sahaja (tiada majikan) dan disahkan oleh Penasihat Akademik Fakulti atau Ketua Kampung tempat tinggal pemohon sahaja.
- Sila nyatakan pekerjaan ibu/bapa secara terperinci. Contoh: nelayan, tukang jahit kasut
- Borang pengesahan pendapatan boleh dimuat turun di borang pengesahan pendapatan
- Sila nyatakan pekerjaan ibu/bapa secara terperinci. Contoh: nelayan, tukang jahit kasut
Bukan penerima biasiswa/bantuan
Tapisan adalah mengikut keutamaan pemohon-pemohon lain
Menerima pinjaman yang tidak melebihi RM3,500 setiap semester
Tidak menerima elaun sepanjang menjalani latihan industri
Dokumen yang diperlukan
- Salinan kad pengenalan
- Salinan kad matrik
- Salinan penyata gaji / pengesahan pendapatan ibu/bapa
- Salinan penempatan latihan industri yang menyatakan tiada elaun diberikan
- Salinan penyata bank (CIMB BANK sahaja)
Jumlah bantuan yang akan diterima maksimum RM 600 |
Bantuan Zakat Latihan Industri akan dikreditkan terus ke akaun pemohon yang didaftarkan dengan Bendahari UTM |
Sebarang pertanyaan/urusan, sila hadir terus ke Pejabat Unit Zakat & Kebajikan Pusat Islam UTM. |