Jenis Zakat

Jenis Zakat PDF Cetak E-mail
ZAKAT FITRAH :

Zakat Fitrah adalah zakat  yang diwajibkan ke atas setiap individu lelaki dan perempuanMuslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang tertentu.

 

ZAKAT HARTA :

Zakat harta boleh dibayar pada bila-bila masa. Kadar zakat harta ialah 2.5% dari jumlah harta. Ia bermaksud segala harta benda kita, 2.5% dari harta kita itu adalah bukan hak kita tetapi hak golongan 8 asnaf yang layak menerima zakat daripada kita.

Zakat harta wajib dikeluarkan kerana ia adalah satu jalan jihad kepada Allah dan Islam.

” (Mereka tetap tinggal) tetapi Rasulullah dan orang-orang yang beriman bersamanya, berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka itulah orang-orang yang mendapat kelebihan dan mereka itulah juga yang berjaya. 

(Surah At-Taubah, Ayat 88)

 

” Tidaklah sama keadaan orang-orang yang duduk (tidak turut berperang) dari kalangan orang-orang yang beriman selain daripada orang-orang yang ada keuzuran dengan orang-orang yang berjihad (berjuang) pada jalan Allah (untuk membela Islam) dengan harta dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjuang dengan  harta benda dan jiwa mereka atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak berperang kerana uzur) dengan kelebihan satu darjat  dan tiap-tiap satu (dari dua golongan itu) Allah menjanjikan dengan balasan yang baik (Syurga) dab Allah melebihkan orang-orang yang berjuang atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang dan tidak ada sesuatu uzur) dengan pahala yang amat besar. “

(Surah An-Nisaa’, ayat 95)

Zakat harta terbahagi kepada beberapa jenis :

    • Zakat Perniagaan
    • Zakat KWSP
    • Zakat Saham
    • Zakat Pendapatan
    • Zakat Wang Simpanan
    • Zakat Ternakan
    • Zakat Emas dan Perak
    • Zakat Pertanian