kembara

Seramai 18 orang staf dan 10 orang mahasiswa anjuran Pusat Islam UTM dengan kerjasama Pusat Kesihatan UTM & Rakan Pusat Islam UTM telah menyelusuri pengalaman berharga dalam Kembara Dakwah Antarabangsa Surabaya 1.0 baru-baru ini. 

Pengarah Program, Dr. Naemah Hamzah berkata istimewanya kembara dakwah ini kerana memuatkan pengisian empat dalam satu iaitu talaqi kitab, perbincangan dan dialog berkaitan pengurusan pendidikan agama antara dua buah negara, khidmat masyarakat, penyerahan sumbangan dan jaulah meneroka sejarah Islam Majapahit di Mojokerto. 

Kami menyaksikan kesungguhan masyarakat Indonesia membina sendiri pusat-pusat pengajian Agama sebagai alternatif untuk meningkatkan penguasaan ilmu agama dalam kalangan masyarakat yang berbeza taraf hidup. Usaha penubuhan ini memberi idea bersifat inteprenuer untuk mewujudkan pusat pengajian sendiri yang menggabungkan antara akademik, sahsiah dan agama di bawah satu bumbung yang menjadi permintaan masyarakat Malaysia pada hari ini. 

Menurut PM Dr. Aminuddin Ruskam selaku ketua deligasi dan Pengarah Pusat Islam UTM berkata program seumpama ini dapat memberi pengalaman berharga kepada mahasiswa khususnya berkaitan pendidikan Islam kerana mahasiswa terlibat bukan merupakan pelajar pengkhususan dalam pengajian Islam. Mereka rata-ratanya dari fakulti Sains, fakulti Pengurusan dan fakulti Alam Bina. 

Aktiviti Khidmat Masyarakat

Dalam slot ini saudara Ramzie, mahasiswa Sarjana Pengurusan diberi kepercayaan bersama rakan-rakan yang lain untuk mengendalikan “Bengkel Smart Study” kepada lebih 200 orang pelajar-pelajar Pesantren al-Fattah. Video Upin Ipin yang ditayangkan menarik minat peserta sebagai idola anak-anak Indonesia. Pusat Kesihatan UTM yang diketuai oleh Dr. Ismail Ahmed pula menyediakan perkhidmatan pergigian dan pemeriksaan kesihatan percuma bagi warga setempat. 

Peserta juga mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan sumbangan dalam bentuk komputer riba dan wang kepada pesantren yang dikunjungi iaitu Pesantren al-fattah dan pesantren al-Hamdaniyyah. Peluang peserta menginap  di pesantren al-Fattah serta menimba ilmu dalam program Talaqi kitab berkaitan ibadah di pesantren Tebuireng dan Pondok panji yang melahirkan cendiakawan dan pemimpian Indonesia amat berguna dalam pertukaran budaya & bentuk penyampaian ilmu serta suasana.

Peserta juga mengunjungi tempat menarik dalam slot jaulah antaranya Masjid Akhbar, menumen Surabaya, Muzeum Majapahit di Mojokerto, Masjid Sunan Ampel (Wali Songo), Taman Bungkur yang menempatkan makam Sunan Bungkul seorang ulama Majapahit (abad XV).

Program ini secara tidak langsung mendedahkan perbezaan silang budaya antara dua negara yang boleh dimanfaatkan dalam pembangunan pendidikan agama di Malaysia. Selain, mampu melahirkan rasa patriotik dan sayangkan negara sendiri yang aman dan makmur.

9

Perkhidmatan pemeriksaan gigi dan kesihatan percuma

8

Program Talaqqi Kitab di Pesantren Tebuireng, Jombang

7

Berkunjung ke Universitas Hasyim Asy’ari Tebuireng

6

Bentuk pesantren al-Hamdaniyyah mengekalkan ciri pondok tradisional

5

Program Talaqqi kitab di pesantren al-Hamdaniyyah, Surabaya

4

Penyerahan sumbangan lap top dan wang tunai

3

Monumen Surabaya

2

Sekitar Bengkel Smart Study

1

Pintu masuk Pesantren al-Fattah, Surabaya